Monday, October 25, 2010

FILEM CUTI-CUTI CINTA AJAR BUDAK SEKOLAH BAHASA KOTOR

Posted: 24 Oct 2010 10:38 PM PDT

Nora : U kata muka I tak cantik?


Farid: Dahi jendol, dagu leper..tu apa tu..



Nora : Haa?

Farid : Nasi lemak 50 sen.. (sambil menunjuk ke arah ***** Nora Danish)

Nora: Aaa..


Nasi lemak 50 sen...!!! Dialog yang sering disebut-sebut oleh budak-budak termasuk yang bersekolah rendah. Apakah nie yang kita ingin ajarkan kepada generasi kita... anak kita??? Apakah skrip tersebut wajar disebut ulang setipa kali promosi di TV??? Aku berani cakap dialog tersebut akan jadi mainan mereka mengutuk rakan-rakan sekelas (perempuan).



Hmm tak tahu sama ada ini skrip asal atau skrip spontan si Farid Kamil kepada Nora Danish. walau apapun pastinya ia mencermin gaya bahasa dan style percakapan sesetengah generasi muda masa kini.... dan itulah yang selalu dimain cakap oleh anak-anak kita... tak kira dimana pun hatta didalam kelas hari ini.



Filem cuti-cuti cinta arahan Ahmad Idham yang mengenengahkan pelakon popular masa kini Farid Kamil yang akan berganding bahu dengan Nora Danish serta di perkuatkan dengan Zed Zaidi. Filem selama 86 minit ini telah ditayangkan di pawagam pada 21 Oktober 2010 lalu.

MASIH INGATANKAH KELANTAN vs N9 TAHUN LALU?


NAMPAKNYA SEUMPAMA ULANGAN PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2009 YANG LALU APABILA MENEMUKAN SEMULA 2 PASUKAN KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN...

Masih ingatkah lagi peristiwa pada perlawanan pada 2009 yang lalu? Bukan nak memburukkan penyokong sendiri... cume nak beri ingat agar kita sama-sama bersikap professional... ingat sikit Tuhan tak kiralah dia tu BN ke ape ke....

... penyokong memanjang pagar stadium sebab jam 4 petang pintu masuk tak bukak lagi... sapa suruh bukak lambat... lain kali bukak la awal.....
... rempuhan para penyokong sebaik sahaja pintu dibuka oleh pihak berkuasa...



4/5 stadium dipenuhi penyokong Kelantan.... pastikan mereka dok jauh-jauh... takut ade yang kene cucuh merecun pulak...

Padan muka gambor Annuar Musa kene bakar....
... mungkin pasukan keselamatan perlu lebih bekerja... jangan duk kawat je...
akhirnya kerusi jadi mangsa....


... Harapan aku selalu penyokong RED WARRIORS agar kejadian dulu tidak berlaku lagi... aminnnn

Sunday, October 24, 2010

Segala puji bagi Allah SWT yang telah menganugerahkan nikmat Islam dan Iman kepada hambaNya yang hina lagi dhaif ini.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW pesuruh Allah SWT.

Hari demi hari yang berlalu semakin memakan masa yang ada. sedar atau tidak sedar, umur yang disangkakan semakin tua sebenarnya semakin singkat dan hampir dengan kematian. Namun ibadah yang dilakukan sangat sedikit dan maksiat yang dilakukan semakin bertambah. Hari demi hari sangat menggusarkan hatiku.

Sedar ataupun tidak peperiksaan semakin hampir dan preparation yang terakhir sangat giat dilakukan oleh semua pelajar. Namun kadang2 ttidak terfikirlah kita tentang apa persiapan kita menjelang kematian yang semakin hampir.

Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mengingatiMu di mana jua dan ampunilah dosa2ku dan dosa2 sahabat2ku. ameen.