Saturday, November 14, 2009

ILMU DAN AKAL

Secara semulajadinya, Islam telah memfardhukan kepada umatnya yang menganut agama ini agar menjadi umat yang sentiasa belajar yang mana ia akan meninggikan martabat orang yang berilmu serta merendahkan martabat orang yang tiada ilmu.

Ini kerana, agama ini bukanlah suatu adat yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain atau meminta perlindungan daripada ahli nujum. Katakan tidak. sesungguhnya ajaran Islam adalah bersumberkan kepada Kitab Allah SWT iaitu al-Quran

Friday, November 13, 2009

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Mahabbah daripada ana. Moga Allah SWT merahmati
kita semua di dua negeri iaitu dunia dan akhirat. Buat pertama kalinya, ana bersyukur kerana dapat menghasilkan sebuah blog ini setelah sekian lamanya berhasrat untuk mewujudkan laman blog ini yang merupakan salah satu wadah dakwah dari segi penulisan. Diharap kepada semua pembaca blog ini agar dapat berkongsi idea atau cadangan atau kritikan yang membina sebagai seorang manusia yang hebat di sisi Allah SWT serta hebat di sisi makhlukNya. Akhir kalam, penulis berharap agar semua muslimin muslimat serta hadirin hadirin yang terbuka blog ini agar dapat mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna. Insan yang berkata adalah lebih dhaif dari insan yang membaca dan mendengar.